

SELAMAT DATANG KE
BATALION KE-12 RAMD MEKANIZE
"TANGKAS GEMPUR"

Last update 09:00am 05/09/17



Ragaan Pasukan
Ragaan utama 12 RAMD Mekanise merupakan 4 bilah keris terhunus yang menjulang kenderaan Adnan ACV 300 dan Panji-Panji Rejimen yang tegak berkibar. Ragaan ini melambangkan ketahanan dan kejituan semangat setiap warga pasukan untuk mengembeling tenaga dan berjuang ke arah menegakan matlamat pasukan di dalam memelihara kesejahteraan agama, bangsa dan negara.
Panji-Panji melambangkan maruah dan martabat pasukan yang tinggi dan amat perlu dipelihara dan dipertahankan oleh setiap lapisan warga pasukan dari anasir ataupun ancaman yang mendatang. Keseluruhannya replika ini diperbuat daripada Perak kecuali bahagian tapak replika ini yang diperbuat daripada Kayu Malam. Harga bagi Ragaan Utama ini adalah RM 14,000.00 dan tempahan telah dibuat melalui Syarikat House Of Silver Tuah KTC pada bulan Februari 2008.