top of page

Cogan Kata

 

Cogan kata pasukan pada awal penubuhannya ialah “BERSATU TEGUH PANTANG UNDUR” yang telah diilhamkan oleh Pegawai Memerintah yang pertama. Memandangkan perkataan “UNDUR” mempunyai pengertian yang boleh menimbulkan salah faham maka ia ditukarkan kepada “MENYERAH” menjadikannya “BERSATU TEGUH PANTANG MENYERAH “. Perubahan cogankata ini telah diilhamkan oleh Leftenan Kolonel Mohd Abu bin Hj Ali (Pegawai Memerintah ke 8) semasa beliau memerintah batalion ini pada tahun 1981.

 

Pada awal tahun 1998, semasa pemerintahan Leftenan Kolonel Mohd Nasir bin Abdul Rahman (Pegawai Memerintah ke 17), beliau telah mengubah cogan kata lama dan ditukarkan kepada “TANGKAS GEMPUR”. Perubahan ini dibuat sesuai dengan keadaan masakini yang turut merubah peranan dan fungsi pasukan daripada sebuah Batalion Infantri Standard kepada sebuah Batalion Infantri Mekanis. Ianya juga selaras dengan cogan kata 4 Bgd Mekanize iaitu“ TANGKAS PERKASA” dan Ikrar 3 Divisyen iaitu “PENGGEMPUR WAJA”.

 

Cogankata “TANGKAS GEMPUR” ini turut sama digunakan sebagai laungan Perang atau “ Battle Cry” untuk pasukan ini. Maksud TANGKAS dalam cogankata ini ialah bererti cekap, cergas dan pantas pada setiap perkara yang dilakukan untuk menjadikan sebuah pasukan yang sentiasa bersedia untuk digerakan ke medan perang. Manakala GEMPUR pula bererti dapat membinasakan, menghancur dan memusnahkan sikap diri individu yang negatif dan melawan hawa nafsu agar dapat melahirkan perajurit terbilang dan pasukan yang unggul lagi digeruni demi mencapai kemenangan dalam mana-mana pertempuran atau peperangan.

bottom of page