top of page

Lagu Pasukan

 

Lagu pasukan asal adalah bertajuk “MEMBUAT JASA”. Ia dicipta pada Ogos 1980 oleh 16320 Sjn Johari bin Mohamad yang ketika itu menyandang jawatan Drum Mejar Pasukan. Semasa Pegawai Memerintah yang ke 17 (Allahyarham Kol Mohd Nasir bin Abdul Rahman), tajuk lagu pasukan telah ditukar kepada “PERAJURIT TERBILANG” dan sebahagian dari lirik lagu telah diubahsuai selaras dengan peralihan pasukan sebagai Batalion Infantri Mekanize. Lirik lagu yang baru adalah seperti berikut:

 

PERAJURIT TERBILANG (Lirik Baru)

Dua Belas Melayu Taat Setia 
Pada Agama, Nusa Dan Bangsa
Marilah Kita Bekerjasama
Berganding Bahu Untuk Negara 

Dua Belas Melayu Sudah Terpuji
Membuat Amalan Di Sana Sini 
Pertahankan Negara Tugas Utama 

Kami Kenyataan Sudah Terbukti

Setiap Perajurit Sudah Terbilang 
Musuh Negara Pasti Ditentang 
Kami Tak Gentar Berapa Bilangan 
Terbukti Sudah Kenyataan

Dua Belas Melayu Taat Setia
Pada Agama, Nusa Dan Bangsa
Marilah Kita Bekerjasama
Berganding Bahu Untuk Negara


MEMBUAT JASA (Lirik Lama)

Dua Belas Melayu Taat Setia 
Pada negara, Nusa Dan Bangsa
Marilah Kita Bekerjasama
Berganding Bahu Untuk Negara

Dua Belas Melayu Sudah Terpuji
Membuat Amalan Di Sana Sini 
Di Hutan Belantara Tugas Utama 

Kami Kenyataan Sudah Terbuktii

Setiap Perajurit Sudah Terbilang 
Di Hutan Belantara Musuh Ditentang 
Kami Tak Gentar Berapa Bilangan 
Terbukti Sudah Kenyataan

Dua Belas Melayu Taat Setia
Pada Negara, Nusa Dan Bangsa
Marilah Kita Bekerjasama
Berganding Bahu Untuk Negara

bottom of page