top of page

Exercise Tangkas Perkasa 2014

KUANTAN – 12 RAMD (Mek) telah terlibat didalam Eksesais Tangkas Perkasa 2014 yang bermula 18 Dis 2014 hingga 24 Dis 2014 anjuran 4 Bgd (Mek) bertempat di Dewan Serbaguna 12 RAMD (Mek). Seramai 10 pegawai dan 20 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah terlibat dan ketua bagi eksesais iaitu Pegawai Memerintah Lt Kol Razali bin Kosnan. Eksesais kali ini dilaksanakan merupakan Eksesais Olah Perang (CPX) yang berkonsepkan operasi ofensif dan defensive dalam Peperangan Kovensional.Tujuan eksesais adalah meningkatkan ilmu pengatahuan, kemampuan dan profesionalisme Pemerintah dan Staf. Tumpuan menjurus kepada fungsi, peranan dan tugas yang dimainkan oleh Pemerintah dan Staf. Pasukan Biru diwakili 12 RAMD (Mek) .Pada Majlis Penutup  Eksesais Tangkas Perkasa 2014 telah disempurnakan oleh Panglima 4 Bgd (Mek) Brig Jen Dato’ Ahmad Tajuddin bin Abdul Ghani.

Op MURNI 2014/2015

Taklimat Op MURNI

KUANTAN – 17 Dis 2014.    Taklimat Op Murni bagi tahun 2014/2015 diadakan di Bilik Gerakan Banjir 12 RAMD (Mek). Penglibatan adalah semua Ketua Kompeni dan Ketua di setiap jabatan.Pegawai Gerakan Pasukan Mej Mohd Merican bin Hj Yunus sedang memberi taklimat mengenai Sektor di Kawasan Tanggungjawab 12 RAMD (Mek)  kepada semua Ketua Kompeni dan Jabatan dihadapan Pegawai Memerintah. Disamping itu,  pembahagian Sektor kepada kompeni –kompeni juga turut disampaikan didalam taklimat tersebut. Ini supaya kompeni-kompeni boleh mengambil tindakan sekira berlakunya banjir di bahagian Kawasan Tanggungjawab masing-masing. 12 RAMD (Mek) juga telah terlibat dengan memberi bantuan kepada pasukan 18 RAMD di sekitar kawasan Dungun dan Kemaman kerana pasukan tersebut kekurangan anggota dan aset- aset perairan. Segala perancangan telah dibuat, maka semua kompeni haruslahlah sentiasa didalam keadaaan siap sedia sekiranya memerlukan bantuan jika berlakunya banjir. Perkara yang utama semasa menjalankan tugas adalah keselamatan dan sentiasa berwaspada sekiranya menjalankan sesesuatu tugas.

Tinjauan Pegawai Memerintah di Pusat Pemindahan Op MURNI 

KUANTAN –18 Dis 2014. Pegawai Memerintah Lt Kol Razali bin Kosnan 12 RAMD (Mek) turut turun padang bagi melawat anggota pasukan dan meninjau keadaan mangsa banjir di 3 buah pusat permindahan banjir di kawasan tanggungjawab di daerah Kuantan antaranya adalah Sek Keb Gudang Rasau, Sek Men Keb Pandan dan Dewan Orang Ramai Sri Damai. Setiap pusat permindahan banjir seramai 5 orang anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) bagi membantu mengorganisasikan didalam pengurusan pentadbiran di setiap pusat permindahan tersebut. Di samping itu anggota juga sentiasa siap sedia sekiranya bantuan diperlukan jika ada mangsa banjir yang terperangkap di sekitar kawasan tanggungjawab yang berdekatan. Selain ATM, Agensi-angensi NGO juga turut memberi bantuan didalam pengurusan pentadbiran di Pusat Permindahan tersebut.

Tinjauan Pegawai Memerintah di KTJ MARAN Op MURNI 

MARAN – 28 Dis 2014.       Seramai 1 pegawai dan 22 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP)  pasukan 12 RAMD (Mek) dari Platun 4 Kompeni Alpha telah di aturgerakan ke kawasan tanggungjawab di Daerah Maran yang di ketuai oleh Pen Ketua Kompeni Kapt Ahmad Razmee  bin Ab Kadir dalam Op Murni bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir di sekitar kawasan Daerah Maran.  Objektif Op Murni adalah membantu mangsa-mangsa banjir yang terperangkap untuk di pindahkan ke pusat-pusat permindahan. Antara bantuan yang diberikan dalm Op Murni ini adalah bantuan menyelamat, memindahkan mangsa banjir, menghantar bekalan makanan ke kawasan terputus hubungan dengan menggunakan aset perairan dan pengangkutan darat. Pegawai Memerintah Lt Kol Razali Kosnan turut ringan tulang membantu anggota semasa tinjauan Pegawai Memerintah di Kawasan Tanggungjawab Daerah Maran.

Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Petugas

 

KUANTAN – 2 Jan 2015 . Seramai 3 peg dan 237 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah menerima sumbangan saguhati berupa makanan harian yang diterima dari MK 4 Bgd (Mek) dan diagihkan kepada pasukan yang terlibat dengan Op Murni. Penerima saguhati adalah semua anggota yang terlibat dengan tugas membantu mangsa-mangsa yang  terlibat banjir di kawasan tanggungjawab 12 RAMD (Mek) . Majlis telah di sempurnakan oleh Lt Kol Razali bin Kosnan selaku Pegawai Memerintah pasukan.

Memindahkan Mangsa Banjir ke Pusat Pemindahan Op MURNI

 

 

KUANTAN – 5 JAN 2015 . Seramai 5 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan 12 RAMD (Mek) kelihatan memberi bantuan kepada mangsa banjir untuk di pindahkan ke pusat permindahan Sekolah Rendah Kebangsaan Penor, Kuantan. Bantuan memindahkan mangsa amat sukar kerana kebanyakkan tempat sudah dinaiki air dan mengakibatkan penugasan menjadi semakin sukar. Walaubagaimanapun anggota tabah dan kuat kan semangat tetap meneruskan tugas bagi menyelamatkan mangsa banjir.

bottom of page